BENARKAH RUNDINGAN "MENANG-MENANG'?

Sun Jul 11, 2010 10:07 pm by Co-Admin

Adat berunding secara ‘bilateral’, objektifnya agar kedua-dua pihak mendapat keadilan dan kesaksamaan dan tidak berat sebelah. Jika sebelah pihak sahaja yang meraut manfaat yang banyak manakala pihak yang satu lagi tidak memperolehi faedah yang sama maka hasil rundingan itu tidak dianggap sebagai "win-win situation".

Dalam banyak peristiwa dan kejadian, rundingan di antara Malaysia dengan negara-negara lain khususnya dengan Singapura, kita kecundang dalam rundingan. Namun tewas dalam rundingan boleh dikesan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.

Lapan tahun selepas mencapai kemerdekaan, Perdana Menteri yang pertama, Tuanku Abdul Rahman al Haj "menyerahkan Singapura" begitu sahaja tanpa ada asas rundingan yang kukuh dan tanpa ada apa-apa pertukaran, baik dalam bentuk kewangan, barangan atau faedah-faedah lain sebagai ganti atas ‘kehilangan’ pulau tersebut.

Pada zaman pemerintahan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau pernah membuat kenyataan yang bernada kecewa bahawa "rundingan dengan Singapura ni sampai kiamat pun tak boleh selesai."

Nada kecewa dan putus harap ini membuktikan kita tidak mencapai "win-win situation" apabila berunding dengan Singapura, walaupun Dr Mahathir berpeluang mentadbir negara ini lebih 23 tahun, satu jangka masa yang paling lama berbanding perdana menteri yang lain.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara ini selepas Dr Mahathir, Malaysia juga tidak mencapai "win-win situation" dalam rundingan mengenai penemuan minyak dan gas di perairan Limbang/Brunei yang menjadi pertikaian.

Menjelang perletakan jawatan sebagai perdana menteri, Pak Lah dilaporkan telah menyerahkan begitu sahaja Blok L & M kepada Brunei, yang "isi perutnya" bernilai RM320 bilion tanpa mendapat apa-apa.

Nilai sebanyak itu, jika diuruskan dengan betul dan tidak ada ketirisan, salah urus, penyelewengan dan rasuah maka ia dapat melangsaikan hutang negara yang …


[ Full reading ]

Comments: 0

ORANG ASAL SEMAKIN TERHAKIS

Fri Jul 09, 2010 4:20 am by Co-Admin

Kita biasa dengar perkataan terhakis merujuk kepada proses hakisan tanah dan sebagainya tetapi sedarkah kita bahawa hak orang asal di Pitas semakin terhakis? Web ini akan membongkar penghakisan hak orang-orang asal di Pitas yang merujuk kepada kaum Sonsogon, Rungus, Tombonuo dan Kimaragang. Sebelum PitasKini membongkar, kami berkongsi cerita semasa di bawah.

Pitas kini - Portal P1010213


BAU: Kerajaan Malaysia dan Indonesia digesa agar menyemak semula undang-undang dan peraturan sedia ada yang mengancam hak orang asli Borneo.

Mereka juga meminta agar mengiktiraf dan menghormati hak bagi memastikan orang asli terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan negara.

Berikut merupakan resolusi yang dimeterai dalam Deklarasi Krokong semasa Persidangan Perhutanan Borneo yang dihadiri wakil daripada Sabah, Sarawak, Timur dan Barat Kalimantan.

Persidangan itu juga merupakan anjuran bersama Persatuan Sarawak Dayak Iban, Institut Sumber Borneo Malaysia, Pembangunan Daya Warisan Asli, Pascos Trust, Aliansi Masyarakat Adat Nusantara, Indonesia, dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia.

Deklarasi Krokong mengingatkan kepada dua negara yang terlibat dalam menyokong dan mengamalkan Deklarasi Hak Orang Asli PBB (UNDRIP) tentang kewajipan mereka untuk menjaga hak-hak orang asli.

Deklarasi itu menyeru agar :

* Memastikan agar kaum orang asli dapat melibatkan diri sepenuhnya da;am polisi pembangunan, pelan, taksiran, dan pelaksanaan berkaitan dengan orang asli tertakluk kepada Kebebasan, Keutamaan, dan Maklumat Bersama (FPIC).
* Menagguhkan projek pembangunan yang telah dikenal pasti menceroboh dan mengancam kawasan penempatan orang asli.
* Menyemak semula kesemua undang-undang dan peraturan sedia ada yang menyekat hak dan kebebasan orang asli.
* Menggesa kerajaan Malaysia dan Indonesia agar segera menghentikan dan meyiasat segala bentuk penecerobohan dan ancaman terhadap masyarakat asli.



Ayuh orang Asal Pitas, Bangkitlah kerana Hak Kita Sedang …

[ Full reading ]

Comments: 1

Pembangunan Pitas untuk semua rakyat

Sat Jul 03, 2010 11:43 am by Web Master

Pitas kini - Portal Pp_12.1




"KALAU ditakdirkan saya menang, saya akan pastikan penduduk di Pitas ini terbela. Saya akan berusaha mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan tegar.
"Besar harapan jika dipilih, saya akan memastikan kesinambungan pembangunan di Pitas dan memastikan projek pembangunan kerajaan sampai kepada seluruh rakyat di sini," kata calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Bolkiah Ismail.
Bolkiah, 43, berkata, beliau telah merancang beberapa pembaharuan seperti memperkenalkan sistem pertanian moden di Pitas.
Katanya, tumpuan akan diberikan bagi mengetengahkan dua komoditi penting iaitu kelapa sawit dan getah yang berpotensi di Pitas selain mewujudkan sistem pertanian moden.
Bolkiah berkata, selain itu beliau akan mewujudkan sistem pertanian berkelompok dengan memohon tanah terbiar kerajaan untuk dimasukkan di bawah skim penanaman kelapa sawit.

Beliau yang menggantikan Datuk Masrani Parman berkata, keputusannya untuk bertanding adalah untuk menunaikan tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat.

Anak jati Pitas berbangsa Dusun Kimaragang dari Kampung Salimpodon ini sanggup melepaskan jawatan sebagai Ketua Pusat Pengurusan Pinjaman Maybank Sabah demi membantu rakyat Pitas.

"Sebagai anak jati Pitas, ini merupakan satu pengorbanan dan tanggungjawab saya membantu rakyat Pitas menikmati pembangunan.

"Walaupun jawatan saya agak tinggi dan telah berkhidmat selama 20 tahun sejak 1988 dalam industri perbankan, saya sanggup berhenti kerja demi masyarakat," katanya.

Justeru, Bolkiah berkata, beliau akan turut menggunakan pengalaman perbankannya mentadbir daerah ini dengan membawa nilai integriti dan kejujuran agar pembangunan dapat dinikmati seluruh penduduk Pitas.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, DUN Pitas yang berada di bawah Parlimen Kudat menghadapi pertembungan empat penjuru dengan Parti Keadilan Rakyat, Pasok dan

[ Full reading ]

Comments: 0

Sembang Politik

Sat Jul 03, 2010 9:45 am by Web Master

Web ini masih sedang dalam pembinaan dan ujian.

Comments: 1

Pekan Baru Pitas

Sat Jul 03, 2010 10:47 am by Web Master

Pitas kini - Portal 30517_10


Comments: 0

PROFIL DAERAH PITAS

Sat Jul 03, 2010 10:02 am by Web Master

PROFIL DAERAH PITAS

LATAR BELAKANG

Pitas adalah berasal dari perkataan “NOPITAS” satu perkataan bahasa Suku Kaum Sungai yang bererti terputus. Pada masa itu Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan “NOPITAS” (Terputus) diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas sehingga sekarang.

Daerah Pitas diiktirafkan sebagai sebuah Daerah Penuh pada tahun 1975.
Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai.

Ia terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebalah barat , Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur.


MUKIM DAN KAMPUNG

MUKIM - Enam (6) buah iaitu Mukim Kalumpang, Pinggan- Pinggan, Telaga, Dandun, Pantai dan Mapan-Mapan.

KAMPUNG - 194 buah kampung (133 di N.3 Bengkoka dan 52 di N.1 Banggi).

KETUA KAMPUNG - 148 orang (96 orang di N.3 Bengkoka dan 52 di N.1 Banggi).

JKKK - 181 JKKK (124 di N.3 Bengkoka dan 57 di N.1 Banggi).

KAWASAN PILIHANRAYA

Kawasan Parlimen

Kudat (P.167)-YB Datuk Abd. Rahim Bakri (BN-UMNO)

Kawasan ADUN

Pitas (N.3) - YB Datuk Masrani Parman (BN-UMNO)

Banggi (N.1) – YB Datuk (Datu) Amir Kahar Tun Datu Hj. Mustapha (BN-UMNO)

http://www.sabah.gov.my/pitas/v2/PROFILE_%20DAERAH/profil_daerah(2)

Comments: 1

Latest topics
» BENARKAH RUNDINGAN "MENANG-MENANG'?
by Co-Admin Sun Jul 11, 2010 10:07 pm

» Macam mana upload gambar?
by Web Master Fri Jul 09, 2010 8:44 am

» ORANG ASAL SEMAKIN TERHAKIS
by Web Master Fri Jul 09, 2010 8:38 am

» Unduk Ngadau Pitas 2009
by Web Master Fri Jul 09, 2010 4:14 am

» Pendapat, Cadangan atau pandangan?
by Web Master Mon Jul 05, 2010 10:09 am

» Ada kekeliruan? pertanyaan? atau perlu tunjuk ajar?
by Web Master Mon Jul 05, 2010 10:03 am

» Carbain-x Lapor diri!
by Web Master Sun Jul 04, 2010 12:03 pm

» Hak-Hak Pesakit
by Web Master Sun Jul 04, 2010 10:15 am

» Lagu Kimaragang - Ati Oku Moniompuh.
by Web Master Sun Jul 04, 2010 2:36 am

» Pembangunan Pitas untuk semua rakyat
by Web Master Sat Jul 03, 2010 11:43 am

Pitastoday